Friday, December 30, 2011

Maksud Fotografi

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.

Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:

  1. Pengumpul cahaya = Kamera
  2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

Apakah itu DSLR?

DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR ertinya kamera digital yang menggunakan tindak balas kanta tunggal secara digital. Jurugambar akan melihat objek yang akan dirakam menerusi bingkai kaca atau biasanya disebut view-finder. Hasil gambar yang akan dirakam sudah semestinya sama dengan apa yang dilihat menerusi view-finder tersebut.


Gambar: Prinsip kerja DSLR [Sumber: WIKIPEDIA]

Cahaya yang masuk melalui kanta kamera (1) akan dipaparkan oleh cermin yang dipasang pada posisi condong 45 darjah (2) dan dipantulkan ke matte focusing screen (5). Melalui condensing lens (6) dan dipantulkan di dalam pentaprism (7), gambar objek kemudian akan terus dipaparkan ke kanta mata manusia (8). ketika kita menekan butang shutter(bidik) maka cermin (2) akan melipat ke arah panah,focal plane shutter (3) membuka dan kemudian gambar akan dirakam oleh sensor (4) dan dimasukkan ke processor, gambar kemudian disimpan di media penyimpanan (MMC dan sebagainya).

Pada kamera digital biasa, kita dapat melihat objek yang akan dirakamkan melalui panel LCD. Objek yang akan dirakam belum tentu sama dengan apa yang kita lihat menerusi panel LCD kerana panel LCD tersebut tidak sama dengan kanta mata manusia yang boleh melihat secara lansung keatas objek yang hendak dirakamkan.

Lensa kamera DSLR

Ketika membeli kamera digital biasa, kanta kamera sudah bersatu dengan badan(body) kamera. Pada kamera DSLR, kanta kamera boleh dibuka dan diganti. Oleh sebab itu, ketika membeli kamera DSLR kita akan ditawarkan samada membeli badan(body kameranya sahaja) atau kit(badan kamera + kanta kamera). Ada sesetengah kamera DSLR yang boleh dipasang kanta kamera dari jenama lain, ada juga yang khusus untuk satu jenama sahaja. Ada kamera DSLR yang dilengkapi dengan motor autofocus. Ada juga kamera DSLR yang tidak dilengkapi dengan motor autofocus menyebabkan kita terpaksa fokus secara manual atau membeli kanta kamera bermotor yang biasanya harganya lebih mahal.

Perbandingan Bentuk

Secara fizikal, kamera DSLR memiliki bentuk yang hampir sama walaupun dari jenama yang berbeza. Manakala kamera digital biasa memiliki bentuk yang pelbagai namun biasanya lebih kecil dan kompak jika dibandingkan dengan kamera DSLR.

Contoh kamera digital biasa. Lensanya pendek dan bersatu dengan badan.
Tak boleh ditukar ganti.
[Sumber: INFOBORDER]




Contoh Kamera DSLR Nikon D80 dengan kanta panjang.
Kanta tersebut boleh ditukar ganti.


Perkahwinan Nur Maslina & Idzwan

Pakej Fotografi Perkahwinan 2012

Foto Manipulasi

Selamat datang ke blog perkongsian ilmu seni cahaya Rahman Bashah Photography

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!!

Akhirnya blog tentang seni cahaya ni dapat juga dicipta. Terima Kasih kerana memberikan sokongan kepada saya untuk menulis serba sedikit mengenai dunia seni cahaya. Saya bukanlah seorang yang profesional dalam bidang ini, tetapi meminati karya seni cahaya yang sangat mendalam. Justeru, saya ingin berkongsi ilmu, idea dan pendapat saya mengenai dunia seni cahaya ini kepada semua 'newbies' terutamanya kepada anak murid saya di SMK Shahbandaraya, Klang, Selangor.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting